Nasional

Video Yusof Azmi, Abang Ali tumbuk warga asing tular, polis lakukan siasatan

POLIS sedang menyiasat satu video tular berdurasi 1 minit 2 saat yang memaparkan Yusof Azim dan Abang Ali yang telah menumbuk seorang lelaki warga asing di Taman Alam Jaya, Batu 9, Cheras, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian tular itu melibarkan seorang mangsa lelaki dipercayai warga asing yang telah dipukul sekumpul lelaki dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya.

“Kejadian yang tular ini jelas merupakan satu kejadian kekerasan jenayah yang boleh disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Kejadian ini juga merupakan kejadian yang mengganggu gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam berikutan kejadian ini berlaku melibatkan kawasan awam yang terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, penelitian ke atas video itu juga mendapati kumpulan tesebut telah melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan sosial.

Ujarnya, kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes juga disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawao penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd. Radzee Jamudi (019-6655811) atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan. -SM

(Visited 1,529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button