fbpx
Hiburan

Video Tik Tok Yuna vakum lantai ditonton setengah juta sehari

VIDEO Tik Tok menjadi pilihan generasi muda yang patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan duduk di rumah.

Dari kanak-kanak sehinggalah ke orang dewasa, dari kalangan rakyat marhaen termasuklah golongan mereka yang bergelar artis dan selebriti, video Tik Tok seolah-olah peneman setia.

Sama ada menari atau melakukan aktiviti di rumah, dirakam dan dimuat naik ke laman sosial, Instagram.

Mudah terpengaruh dengan gelagat artis, tidak hairanlah jika video Tik Tok yang dirakam dan dipaparkan di IG penyanyi Yuna ditonton oleh 500,000 atau setengah juta penonton dalam masa sehari.

https://www.instagram.com/p/B-bwP18B-tC/

Video Tik Tok itu memaparkan Yuna sedang membersihkan lantai rumah dengan menggunakan vakum.

Elemen kreatif dalam video Tik Tok itu, dia menukar pakaian yang dipakainya dengan meletakkan kapsyen berbunyi seperti berikut:

“Finally decided what to wear at home today,” beserta dengan tanda pagar #stayhome pada entri di video tersebut.

Semestinyalah video Tik Tok Yuna itu mendapat pujian dalam kalangan peminat tegarnya dan warganet.

Walaupun Yuna tidak menetap di Malaysia, dia patuh kepada arahan #stayin dan menghabiskan masa di rumah seperti kebanyakan kita di Malaysia. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button