Politik

Video semburit: Can I advise you something, pihak berkuasa?

KEGAGALAN pihak berkuasa untuk mengecam wajah pelaku  video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet seperti yang tular beberapa bulan lalu turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang menjadi perhatian berikutan berikutan pendedahan rakaman audio termasuk bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan ayat Can I advise you something  yang menjadi sensasi semalam untuk menasihatkan kegagalan pihak berkuasa mengecam pelaku video terbabit.

Can I advise you something, pihak berkuasa? Sebenarnya bukan susah pun jika pihak berkuasa nak tahu siapa pelaku-pelaku dalam video intim itu. Itu pun kalau naklah.

“Ramai yang telah memberi pendapat ini, semasa mereka ‘beraksi’ dalam video, TV terpasang kuat. Rakaman CCTV hotel juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Boleh check masa, siapa yang masuk bilik siapa dalam CCTV hotel dan bandingkannya dengan masa yang rancangan TV sedang disiarkan masa itu dalam video intim itu,” kata Najib.

Malah menurut Najib bukan sukar untuk mencari pelaku dalam video itu, kerana salah seorang daripada mereka iaitu bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz telahpun mengaku beliau adalah individu dalam video terbabit.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas hari ini mengumumkan pihaknya tidak akan membuat apa-apa pertuduhan terhadap mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

Thomas berkata, siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan berikutan daripada beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang berbeza mengenai video tersebut.

CyberSecurity Malaysia juga telah menyimpulkan walaupun videp itu walaupun dianggap tulen  namun pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video rendah.

Dalam kenyataan itu, Tommy menegaskan, PDRM juga gagal untuk mengenal pasti individu individu terbabit dalam video tular itu disebabkan resolusi rendah dan kualiti video serta rangka tidak jelas yang membawa kepada dapatan tidak konklusif.

Pada 12 Jun tahun lalu, Haziq mengaku bahawa dia ialah salah seorang lelaki dalam video seks sejenis itu dan beliau turut menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali sebagai pasangannya.

Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Sementara itu, Najib turut melahirkan rasa simpati terhadap Haziq yang berkemungkinan ‘bingung’ memikirkan siapa bersamanya malam itu.

“Tapi kesianlah Haziq dengan pengumuman peguam negara hari ini. Saya percaya dia kini tengah fikir siapa sebenarnya yang ‘bersama’ dia malam penuh kenangan itu. Tentu dia bingung,” kata Najib.-SM

 

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button