fbpx
Berita

[VIDEO] Pelajar kena tendang sebab tak serah duit

SEBUAH video memaparkan beberapa pelajar sekolah menengah diperas seorang remaja tular dalam media sosial hari ini.

Berdasarkan video yang berdurasi 30 saat itu, kelihatan seorang pelajar menghulurkan duit dipercayai RM5 kepada remaja berkenaan.

Bagaiamanapun, seorang lagi pelajar yang memakai kopiah sekadar menghulurkan jam tangan mungkin kerana tidak mempunyai duit.

Namun, ‘pemberian’ itu ditolak dan pelejar berkenaan ditendang kerana remaja terbabit hanya mahukan duit.

Lebih menyayat hati, pelajar berkenaan sebelum ditendang sempat mengatakan jam yang ‘ditawarkan’ itu berharga mahal.


Selepas ditendang, pelajar berkenaan akhirnya berlalu pergi.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak dapat dipastikan lokasinya secara tepat dan berdasarkan dialek pertuturan, kemungkinan insiden itu berlaku di Kelantan.

Video tersebut mendapat reaksi lebih 300 pengguna, 400 komen dan dikongsi lebih 500 netizen dalam Facebook. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button