Alam SekitarKemalanganPencemaran

Akibat bom ikan buatan sendiri, akhirnya termakan tuanya sendiri

Malang tidak berbau apabila seorang lelaki maut akibat bom ikan buatan sendiri di Hutan Lipur Lata Kekabu, Leggong Perak.

Kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu sekitar jam 3 petang, mangsa bersama rakannya dipercayai sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Difahamkan, lelaki berumur 44 tahun maut di tempat kejadian manakala rakannya yang berusia 40 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

Kes ini turut disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri.

Orang ramai diminta untuk dijadikan pengajaran tentang kes ini, dan lebih berhati-hati.

Untuk makluman, menangkap ikan melalui kaedah mengebom atau kejutan elektrik merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perikanan.

Secara tidak langsung keadaan ini boleh merosakan ekosistem dan merosakan populasi ikan.

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button