Nasionalpilihan

Nelayan hilang ditemui terdampar di Pulau Menatang

Seorang nelayan dari Sungai Punggur Alai, Melaka dekat sini ditemukan selamat selepas hampir 10 jam bot yang dinaiki tersangkut di beting Pulau Menatang, Melaka tengah malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sembilan
dan Melaka Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, nelayan berusia 52 tahun itu dilaporkan hilang sewaktu keluar menangkapikan di kedudukan 0.6 batu nautika Tenggara Pulau Menatang.

Menurutnya, Maritim Malaysia mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op CARILAMAT) selepas menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kira-kira pukul 11.10 malam.

Beliau berkata, maklumat awal diterima melalui panggilan MERS
999 daripada Pengerusi Nelayan Sungai Punggur memaklumkan kehilangan mangsa, Zaidee Nasir, 52.

“Zaidee kali terakhir dilihat memakai t-shirt berwarna kelabu dan seluar panjang berwarna hitam dipercayai tidak pulang ke rumah setelah keluar ke laut untuk menangkap ikan pada pagi semalam.

“Difahamkan bot mangsa mengalami kerosakan enjin sebelum
tersadai di kawasan beting pasir di Pulau Menatang,” ujarnya
dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar berkata, SAR diaktifkan kira-kira pukul 11.40 malam
dan sebuah bot Benteng 04 telah diarahkan untuk membuat
pencarian awal dilokasi yang telah dikenal pasti namun mangsa
tidak ditemui.

Menurutnya, Pangkalan Hadapan CARILAMAT telah ditubuhkan di Jeti Sungai Punggur selepas operasi diaktifkan.

Beliau berkata, bot mangsa ditemui tersangkut di beting Pulau Menatang oleh orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Katanya, Operasi SAR disertai 76 anggota membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan komuniti nelayan.

Jelasnya, 13 aset telah digunakan untuk mencari mangsa sebelum Op SAR ditamatkan kira-kira pukul 10.00 pagi tadi. -SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button