NasionalNegeriPenyakit

11 kes penyakit anjing gila, 9 kematian di Sarawak

SEBANYAK 11 kes jangkitan penyakit anjing gila dicatatkan di Sarawak tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan negeri, Dr Radzi Abu Hassan. Daripada 11 kes yang dilaporkan itu, sembilan melibatkan kematian.

Sejak cetusan jangkitan penyakit anjing gila diisytiharkan di Sarawak pada 1 Julai 2017, terdapat 66 kes disahkan melibatkan 59 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Radzi Abu Hassan.

“Daripada 11 kes yang dilaporkan pada tahun 2023 ini, empat kes masing-masing dari Bahagian Sibu dan Bahagian Serian, dua dari Bahagian Kuching dan satu dari Bahagian Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Radzi, lapan kes dilaporkan berpunca daripada gigitan anjing, dua disebabkan cakaran atau gigitan kucing manakala satu lagi tidak diketahui puncanya. Mangsa terlibat berusia dalam lingkungan enam sehingga 63 tahun.

Radzi menggesa orang ramai agar mengambil langkah mengelak jangkitan seperti membersihkan luka cakaran dan gigitan haiwan selama sekurang-kurangnya 15 minit.

“Dapatkan rawatan segera dan pastikan vaksinasi anti-penyakit anjing gila diterima dengan lengkap,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjauhi haiwan liar termasuk anjing dan kucing liar sama ada yang hidup atau pun telah mati.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Radzi berkata, sebanyak 31 fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh Sarawak menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan, termasuk vaksinasi anti-penyakit anjing gila.

Tambah beliau, sembilan hospital turut memberikan perkhidmatan suntikan “Rabies Immunoglobulin” bagi kes-kes berisiko tinggi. – SM

BACA Kumpulan anjing liar berkeliaran undang keresahan penduduk

BACA Seorang lagi mati akibat penyakit anjing gila di Sarawak

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button