Politik

Lantik PM interim yang tidak ada cita-cita ‘bunuh’ pesaing politik – Asyraf Wajdi

Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar perdana menteri interim dilantik sekiranya Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin meletakkan jawatan.

Ketuanya Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan perdana menteri yang dilantik bukanlah seorang yang mempunyai cita-cita untuk membunuh pesaing politiknya.

Cadangan tersebut bagi menurunkan suhu politik dalam negara dan memfokuskan usaha menangani Covid-19 serta kebajikan rakyat yang merana.

“Dilantik seorang perdana menteri interim yang tidak kontroversi, tidak dianggap ancaman kepada sesiapa dan tidak ada cita-cita politik untuk bunuh pesaing-pesaing politiknya atau membina political war chess.

“Perdana menteri interim boleh mewujudkan ‘war cabinet’ atau sebuah kabinet berfokus sepertimana pengalaman UK dalam beberapa peristiwa besar untuk melawan pandemik penyakit kaki dan kuku, ‘Brexit’, perang dunia di zaman Winston Churchill dan Perang Falklands di zaman Margaret Thatcher.

“War Cabinet bagaikan sebuah Kerajaan Perpaduan ‘unity government’ bersifat inklusif, terdiri daripada wakil-wakil semua parti utama tidak kira kerajaan atau pembangkang,” kata Asyraf Wajdi.

Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menjadi perhatian selepas 15 ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pada 3 Ogos lalu.

Bermula dari itu ahli-ahli Parlimen dari pembangkang dan bebas mendesak Muhyiddin untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

Spekulasi bertiup kencang kononnya Muhyiddin akan meletakkan jawatan tersebut hari ini.-SM

 

 

 

 

(Visited 439 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button