Hiburan

Faizal Uzir (Lok U) meninggal dunia

BERITA mengejutkan industri seni tanah air. Komposer dan pengarah muzik yang sinonim dengan stesyen penyiaran televisyen tempatan, Faizal Uzir telah pulang ke rahmatullah hari ini.

Berita mengejutkan ini diterima oleh rakan-rakan yang mengenali allahyarham dengan panggilan Lok U, 47 dan dipaparkan di media sosial Facebook.

Difahamkan, allahyarham sesak nafas di rumahnya di Puncak Jalil selepas pulang dari jogging pagi tadi.

Jenazah allahyarham dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Jamariah Yusof dan empat orang anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke rumahnya selepas urusan bedah siasat dan untuk diberikan penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Salam takziah buat keluarga allahyarham. AlFatihah. – SM

(Visited 684 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button