BanjirNasional

Veteran ATM laksana sumbangan banjir mulai esok

JABATAN Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyahut seruan keprihatinan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu mangsa banjir.

Ini kerana, antara mangsa banjir di negeri-negeri terjejas, sebahagiannya juga merupakan pesara ATM atau tanggungannya yang pasti memerlukan bantuan ketika bencana.

Oleh demikian, ‘Program Cakna Veteran ATM’ akan dilaksanakan selama lima hari mulai esok sehinggalah 31 Januari ini.

Penyampaian sumbangan akan diberikan kepada Veteran ATM yang menjadi mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak.

“Penyampaian sumbangan kepada Veteran ATM akan dilaksanakan oleh Pengarah JHEV ATM cawangan Negeri masing-masing.


“Untuk rekod,seramai 303 Veteran ATM yang terkesan dengan banjir antaranya Pahang (436orang), Kelantan (34orang) , Johor (26orang), Terengganu (24orang) dan Perak (12 orang).

“Keutamaan penyampaian sumbangan banjir diberikan kepada Veteran ATM atau tanggungan yang terlibat dengan bencana banjir dan dipindahkan ke Pusat Permindahan Banjir serta diperakui JHEV ATM negeri yang terlibat.

“Walaubagaimanapun, bagi Veteran ATM yang mengalami kerosakan rumah akibat banjir yang tidak menerima sumbangan ini, mereka masih boleh memohon Skim Bantuan Bencana Alam mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan melalui JHEV ATM negeri masing-masing.

“Peruntukan untuk program ini melibatkan penggunaan dana Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM dan dana Kempen Tabung Pahlawan.

“Sumbangan banjir berjumlah RM500 akan diberikan kepada Veteran ATM yang terlibat dalam bencan banjir yang memenuhi syarat yang ditetapkan.”

Demikian kenyataan dikeluarkan JHEV yang dikeluarkan hari ini dan turut memaklumkan program itu akan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Dalam pada itu, JHEV menambah, sumbangan wang tunai RM500 diberikan kepada 532 Veteran ATM melibatkan perbelanjaan sebanyak RM266,000.

Menurutnya, program ini tidak terhad dalam tempoh ini sebaliknya akan dipertingkatkan lagi bagi memastikan tiada Veteran ATM tercicir ketika berhadapan situasi bencana alam.

“Kementerian Pertahanan akan terus mempertingkatkan lagi Program Cakna Veteran ATM melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada Veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.

“Kementerian Pertahanan sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM sejajar dengan jasa bakti dan pengorbanan yang mereka curahkan selama ini,” katanya. – SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button