Uncategorized

Varian Omicorn: Thailand pertimbang semula guna Unian RT-PCR

THAILAND sedang mempertimbangkan untuk membatalkan cadangan menggunakan kit ujian pengesanan pantas semasa ketibaan memandangkan semakin banyak negara mengesan varian Omicorn dan akan mengenakan sekatan perjalanan baharu bagi mencegah penularan varian itu.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan, pada taklimat harian Covid-19 bagaimanapun berkata, Ujian RT-PCR mungkin terus digunakan.

Walau pun begitu, katanya, CCSA akan terus menyemak situasi itu.

Pada Jumaat lalu, Thailand meluluskan rancangan untuk menggunakan kit ujian pengesanan pantas kepada pengembara lengkap vaksin Covid-19 bagi mempercepat proses kemasukan pelancong dan pengembara ke negara gajah putih itu dan juga dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongannya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Dr. Satit Pitutecha berkata, tiada kes varian Omicron dikesan di Thailand setakat ini.

Satit telah mengarahkan agensi di bawah Jabatan Sains Perubatan untuk meningkatkan pengawasan bagi memastikan varian Omicorn boleh dikesan dengan cepat.

“Bagaimanapun, varian itu mungkin dibawa masuk menerusi secara semula jadi dan merentasi sempadan dengan negara jiran, jadi berhati-hatilah,” katanya seperti dipetik oleh The Nation.

Pada Sabtu lalu, Thailand turut mengenakan larangan ke atas pengembara dari lapan negara Afrika susulan penularan varian Omicorn.

Sepanjang 24 jam lalu, Thailand merekodkan 4,753 kes baharu Covid-19 dan 27 kematian. Jumlah kes dan kematian terendah dalam tempoh lima bulan.

Sehingga kini Thailand merekodkan 2,111,566 kes Covid-19 dan 20,734 kematian. – SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button