Luar Negara

Varian Delta: AS dijangka catat peningkatan kes sehingga 83 peratus

Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) menjangkakan peningkatan kes harian COVID-19 sehingga 83 peratus akibat daripada penularan varian Delta.

Peningkatan drastik ini dijangka meningkat berbanding 3 Julai lalu apabila varian tersebut hanya mencatatkan peningkatan sehingga 50 peratus.

Menurut Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr Rochelle Walensky, beberapa negeri pula dijangka mencatatkan peningkatan lebih drastik memandangkan kadar vaksinasi rendah.

“CDC telah mengeluarkan jangkaan di seluruh negara dan meramalkan varian Delta bakal mencatat 83 peratus peningkatan.

“Peningkatan drastik ini naik berbanding 50 peratus pada minggu 3 Julai.

“Di beberapa bahagian di negara ini, peratusannya lebih tinggi terutama di kawasan yang mencatatkan kadar vaksinasi yang rendah,” kata Dr Walensky.

Justeru, beliau menegaskan langkah terbaik ketika ini adalah dengan kawal penularan dan meningkatan kadar vaksinasi.

Program vaksinasi perlu dipertingkatkan dan kepercayaan terhadap keberkesanan vaksin itu perlu terus diperluas.

“Mesej dari CDC jelas, cara terbaik untuk mengawal penularan varian COVID-19 adalah untuk mengelak penularan wabak.

“Dan vaksinasi adalah cara terbaik yang kita ada.

“Kita perlu terus memperluas vaksinasi dengan membina kepercayaan dan keyakinan terhadap vaksin COVID-19.

“Ini adalah penting terutama dalam kalangan komuniti pedalaman dan populasi usia yang berisiko,” katanya lagi.

Varian Delta yang pertama kali dikesan di India dilapor menular dengan lebih pantas berbanding varian lain dan kini sudah menular sehingga hampir ke seluruh dunia.

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button