Uncategorized

Varian baharu Covid-19 menular ke Perancis

SELEPAS Britain mengesan varian baharu Covid-19 baru-baru ini Kementerian Kesihatan Perancis pula mengesahkan bahawa virus baharu yang dikenali sebagai VOC 202012/1 telah menular ke negara itu.

Kes jangkitan varian yang lebih cepat menular itu dikesan selepas seorang warga Perancis yang sebelum ini berada di Britain pulang ke negara asalnya.

Ketika menjejakkan kaki di Perancis individu terbabit telahpun mempunyai gejala dijangkiti virus maut tersebut dan telah diarahkan untuk menjalani kuaranti kendiri di rumahnya.

Dia yang tiba dari Londo pada 19 Disember menjalani ujian dua hari kemudian dan disahkan dijangkiti varian baharu itu.

Pihak berkuasa kesihatan Perancis kini bertungkus-lumus untuk mengesan kontak rapat individu terbabit bagi membolehkan mereka mengekang virus berbahaya itu daripada merebak kepada orang lain.

“Semua kontak pesakit ini yang menunjukkan gejala sama akan dikuarantin,”kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Perancis.

 

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button