Nasional

Van rempuh tiang, 10 cedera

Tiga orang cedera parah apabila van yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang awal pagi tadi.

Balai bomba dan penyelamat Sungai Bakap dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.38 pagi di Km151.4 Lebuhraya Utara Selatan (NSE) berhampiran Bukit Tambun – Juru, di sini.

Pegawai Operasi Azhar Samsudin berkata ketika tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati kemalangan seperti dilaporkan melibatkan sebuah van yang terbabas dan merempuh tiang.

“Pemandu itu tersepit di tempat duduknya. Kami terpaksa menggunakan alat penyelamat untuk melepaskannya.

“Tujuh lagi penumpang kesemuanya wanita, cedera ringan,” katanya.

Identiti mangsa masih belum diketahui.

Azhar berkata, mangsa diberi rawatan awal oleh paramedik di tempat kejadian.

Kesemua mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat kira-kira jam 7.47 pagi.

Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas beberapa kilometer.

 

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button