KesihatanNasional

Vaksinasi harian catat peningkatan kepada 525,111 dos

SETAKAT semalam, 28,837,742 dos vaksin telah diberikan kepada penerima menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya memaklumkan, jumlah yang menerima dos pertama ialah sebanyak 17,437,286 orang manakala 11,400,456 orang menerima dos kedua.

Menurut JKJAV, 53.4% daripada jumlah populasi negara mendapt dos pertama manakala 34.9% melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan peningkatan kepada 525,111 dos semalam berbanding 501,776 dos pada Isnin dengan 184,972 adalah dos pertama manakala 340,139 adalah dos kedua. – SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button