Ekonomi

Perlis pelawa pelabur ke kawasan Perindustrian Lembah Chuping

Lebih banyak pemain-pemain utama industri di negara ini dijemput untuk terlibat sama dalam pelbagai sektor perindustrian yang disediakan di negeri Perlis seperti contoh merancakkan lagi pembangunan di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) di Padang Besar.

Kemajuan sektor perindustrian InsyaAllah akan dapat membuka lebih banyak lagi peluang-peluang pekerjaan baharu kepada rakyat bagi menjana sumber pendapatan dan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf yang mana masing-masing menerima RM700 setiap seorang. Para penerima terpilih pada kali ini adalah dalam kalangan anak kariah Masjid As Sakinah Padang Melangit untuk diagihkan oleh amilnya, Asnan Senawi.

Mengiringi baginda ialah Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Alhabshe.

Hadir sama dalam program tersebut ialah kepimpinan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai beberapa program di Perlis pada hari yang sama diketuai oleh Ketua Pengarahnya Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran. Turut serta ialah Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi; dan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Haji Mohd Salahuddin Mohamed.

Di kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda juga mengajak agar semua pihak dapat terus bersama-sama menyumbangkan idea membina dan kepakaran tenaga untuk Perlis melalui pelbagai platform rasmi sedia ada demi pembangunan negeri yang dicintai ini.

(Visited 485 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button