Nasional

Vaksin Sinovac, Pfizer sama saja keberkesanannya – Dr. Noor Hisham

SHAH ALAM: Data perubatan dari penggunaan vaksin menunjukkan Sinovac dan Pfizer sama berkesan terhadap Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Katanya, terdapat banyak data perubatan yang diterbitkan mengenai keberkesanan sebenar Sinovac yang digunakan dalam suasana dunia nyata.

“Pada 7 Julai, New England Journal of Medicine menerbitkan laporan mengenai pengalaman Sinovac di  Chile dari Februari hingga Mei 2021 yang melihat 4.2 juta orang yang diberi vaksin sepenuhnya berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak divaksinasi.

“Sinovac  didapati mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 65.9 peraus mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 87.5 peratus, mengurangkan kemasukan ICU sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kematian sebanyak 86.3 peratus.

“Berbeza dengan artikel ini dari Chile yang mempunyai 218,784 kes Covid-19, percubaan Pfizer yang melaporkan keberkesanan 95 peratus sangat kecil dan hanya menganalisis 170 kes Covid-19,” katanya dalam hantaran di facebook.

Katanya, kementerian Kesihatan Israel juga baru-baru ini menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin Pfizer terhadap jangkitan Covid-19 adalah 64 peratus walaupun masih berkesan 93 perayus terhadap kemasukan ke hospital dan penyakit serius.

“Oleh itu, tidak ada banyak perbezaan antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaan praktikal sebenarnya. Kedua-duanya sangat berkesan untuk mencegah penyakit teruk dan dimasukkan ke hospital, tetapi kurang berkesan terhadap Covid-19 ringan atau tanpa gejala,” katanya.

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button