Berita

Identiti rider terbakar dikenal pasti, Keluarga minta rakan terdekat Allahyarham buat pengecaman Mayat

Akhirnya identiti penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat terhempas yang berlaku di Lebuhraya Guthrie di Elmina, Shah Alam dikenal pasti iaitu Muhamad Hafiz Muhamad Salleh berasal dari Sidam, Kedah.

Menurut sepupu mangsa, Nurul Nazihah meluahkan satu hantaran di facebook berkenaan Allahyarham merupakan graduan lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM), arwah berhijrah ke ibu kota dan kini bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Muhamad Hafiz Muhamad Salleh

Polis datang ke rumah keluarga selepas Maghrib bawa khabar duka

Tambahnya lagi, dia menonton rakaman yang tersebar di media sosial namun tidak menyangka mangsa merupakan ahli keluarga sendiri.

“Allahuakbar. Patut la sedih sangat-sangat. Simpati dengan rider yang terbakar nahas pesawat dekat Elmina. Rupanya adik sepupu sendiri. Aku tak kuat nak hadap benda ni. Polis baru dapat kesan Apit mangsa yang terlibat.

“Zie Mohon semua tolong doakan Allah ampunkan dosanya, ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan diberi kekuatan untuk keluarga kami. AlFatitah Apit. Orang baik Allah sayang kan.” Luahnya di media sosial.

Dalam pada itu rakan-rakan rider mangsa juga turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan Hafiz
10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut akibat pesawat terhempas di Elmina.

Keluarga minta rakan terdekat Allahyarham buat pengecaman Mayat

Menurut adik mangsa, Norhikmah Muhammas Salleh, 26 mengesahkan penunggang motosikal tersebut merupakan abangnya dan mohon kepada rakan terdekat untuk lakukan pengecaman mayat.

“Abang saya terbabit dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, ada tak rakan terdekat yang boleh tolong buat pengecaman mayat?”, ujarnya di media sosial.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong Datuk Seri Johari Harun.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat. Ketika terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing seorang individu dalam setiap kenderaan.

Artikle Berkaitan :>

“Baru sahaja dua hari lepas saya bersama..,” – Young Syefura zahir rasa sedih

Nahas pesawat terhempas di Elmina: Tiada panggilan kecemasan dibuat

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button