Nasional

Vaksin Covid-19 percuma termasuk PIKAS, lapor jika dijual – KJ

MENTERI Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika terdapat pihak menjual vaksin Covid-19.

Khairy Jamaluddin berkata, semua vaksin yang dibekalkan termasuk di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) diberikan secara percuma.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa suntikan vaksin di bawah PICK adalah diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia.

“Tiada bayaran boleh dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke Pusat Pemberi Vaksin (PPV) di bawah pengamal perubnatan swasta untuk imunisai Covid-19.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berurusan dengan sesiapa yang menawarkan pembelian vaksin dan sebaliknya untuk terus melaporkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata Khairy Jamaluddin dalam satu kentataan.

PIKAS digerakkan untuk mengawal penularan wabak melalui Fasa 4 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Katanya, vaksin yang dibekalkan di bawah PIKAS diberikan secara percuma.

“Namun, kos pentadbiran vaksin perlu ditanggung majikan di mana kos tersebut merangkumi penyediaan PPV dikendalikan pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta,” katanya.

Katanya, majikan juga dilarang memindahkan kos pentadbiran vaksin kepada pekerja melalui potongan gaji pekerja berkenaan.-SM

 

 

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button