Hiburan

Konsert Search berjaya pecah panggung walau berdepan PRN

Walaupun berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) namun Konsert Search Fantasia Bulan Saju tetap mendapat sambutan hangat yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, Pahang pada 12 Ogos lalu.

Amy vokalis penyanyi Search mendedangkan lagu Pawana

Konsert anjuran MIC Entertainment Group itu berjaya menarik 4000 peminat setia kumpulan yang cukup popular dengan lagu-lagu slow rock seperti Isabella, Rozana, Gadisku dan sebagainya.

Ianya sekaligus membuktikan kewibawaan jenama ‘Search’ yang ditunjangi oleh Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Nasir (bass) dan Man Keedal (gitar) masih kuat malah kekal relevan sehingga hari ini.

Search terus memukau khalayak dengan lagu Derap Komando dan Langit dan Bumi. Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau lebih mesra dengan Amy tampil dengan suit merah yang tampak cukup bergaya, ‘versatile’ malah lebih bertenaga.

Persembahan bertenaga dari Amy Search

Seleksi lagu-lagu ‘slow rock’ dipersembahkan antaranya ialah Rozana, Laila Nama Mu Teratas dan Nigina. Sekali lagi gemaan vokal hadirin bersatu dengan vokal Amy. Peminat yang hadir rata-ratanya sudah cukup bersedia dengan seleksi lagu-lagu Search yang sentiasa meniti di bibir.

Isabella antara lagu ‘wajib’ yang harus dipersembahkan kerana lagu ini juga menjadi antara judul filem yang turut membariskan Search dan Amy khasnya sebagai teraju utama filem tersebut.

Bagi permain drum Naimi Daini yang baru berusia 17 tahun itu berjaya membuktikan kebolehan memukul drum di pentas.
Inilah Search yang sudah dimiliki ‘hatinya’ oleh peminat yang rata-rata sudah berusia 40an, 50an dan 60an. Tidak perlu aksi ‘luar biasa’ namun mereka punya kredibiliti, energi yang cukup pesona seperti mana Rolling Stones, Pink Floyd dan sebagainya mereka punya aura tersendiri.

Tirai konsert dilabuhkan dengan lagu Pawana yang dipetik daripada album Fenomena sekaligus menjadikan Konsert Search Fantasia Bulan Salju antara konsert berprestij selain melakar monumen agung Search apabila menjadi kumpulan pertama yang mengadakan konsert di puncak Genting Highlands.

Artikle Berkaitan :>

Album terakhir Amy bersama Search dijadikan piring hitam

Pingat gelaran Datuk takkan ubah personaliti Amy Search yang sudah dikenali sebelum ini

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button