Nasional

PKP: Yuran Taska tetap kena bayar

RAMAI ibu bapa mengeluh apabila pihak pengurusan Taska dan pusat asuhan tetap mengenakan bayaran walaupun tidak hantar anak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Antara alasan yang diberi seperti bayaran gaji guru dan kos pentadbiran seperti bil elektrik, penyelenggaraan dan sebagainya perlu dibayar.

[BACA] COVID-19: PM umum pakej Prihatin Tambahan RM10 bilion untuk majikan, PKS — Suara Merdeka

Namun alasan sedemikian disifatkan ibu bapa sebagai mengarut memandangkan guru dan pengusaha Taska turut mendapat limpahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Hal demikian menyebabkan yuran Taska yang dikenakan ketika PKP dipersoalkan ibu bapa dan meminta kementerian berkaitan mengambil serius perkara ini.

Sepatutnya, pengurusan Taska mengcualikan bayaran bulanan bagi April kerana PKP atau, sekurang-kurangnya potongan lebih 50 peratus.

Itulah diharapkan oleh pasangan ibu bapa di Cheras, Kuala Lumpur. Mereka yang enggan identiti didedahkan menggesa pengurusan sepatutnya mengambil kira keluarga terjejas.

[BACA] Covid-19: PM umum bantuan khas isi rumah — Suara Merdeka
[BACA] Mesej sekolah buka tahun depan palsu – NUTP — Suara Merdeka

“Taska anak saya cuma kurangkan 30 peratus bayaran sahaja sedangkan mereka cuma transit dan tiada pembelajaran dalam talian seperti sekolah.

“Mereka cuma beri pengurangan sebanyak 30 peratus sahaja daripada yuran bulanan,” katanya kepada Suara Merdeka.

Sementara itu, pasangan ibu bapa di Shah Alam, Selangor pula mengeluh apabila pengurusan turut memberi alasan serupa ketika ditanya mengenai pembayaran yuran bagi bulan April.

“Bulan Mac diminta bayar penuh sedangkan anak tidak boleh dihantar sejak 18 hingga 31 Mac.

“Kemudian untuk bulan April, hanya diberikan pengecualian yuran tertentu sahaja sedangkan anak tidak dihantar selama sebulan.

“Pelik, guru dan pemilik boleh dapat bantuan daripada kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi, tetapi soal yuran tak mahu berkompromi,” tegasnya.

[BACA] COVID-19: Bantuan RM600 sebulan untuk pekerja terpaksa ambil cuti tanpa gaji — Suara Merdeka
[BACA] Teruskanlah beri tumpuan pada pelajaran dalam tempoh PKP dan Ramadan – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Justeru, rata-rata mereka menggesa kementerian terlibat dalam pemantauan Taska dan pusat asuhan supaya isu bayaran yuran ketika PKP diselesaikan. – SM

(Visited 981 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button