Nasional

Vaksin Covid-19: 3,000 sukarelawan negara akan diuji vaksin – Muhyiddin Yassin

KAJIAN klinikal pertama yang dilakukan di negara ini dijangka melibatkan 3,000 sukarelawan  dan Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar negara Republik China untuk kajian calon vaksin inactivated Covid-19 buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika dari Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan Clinical Trial Import License (CTIL) dan NPRA telah diperoleh pada 8 Januari lalu.

Beliau berkata, selain itu, bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah meluluskan pendaftaran vaksin Covid-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer.

Justeru kata Muhyiddin, Malaysia dijangka akan menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini sebagai persediaan awal bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 kepada rakyat di negara ini berjalan lancar.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.


Katanya lagi, apabila bekalan diperolehi, KKM telah membangunkan Pelan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. 39.

“Bagi mencapai imuniti kelompok, sebanyak 60-70 peratus atau 20-23 juta populasi Malaysia perlu dberikan vaksin Covid-19.

“Buat masa ini, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax, syarikat Pfizer dan AstraZeneca bagi perolehan vaksin COVID-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus liputan populasi,” ujar beliau.

Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta. 40, katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan pastikan hanya vaksin yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, berkualiti dan berkesan akan didaftarkan dan digunakan di Malaysia.

“Proses penilaian ini dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kelulusan dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi tujuan pendaftaran sebelum vaksin Covid-19 tersebut boleh digunakan di Malaysia,” katanya. – SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button