NasionalNegeri

Kedutaan Besar bantu promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Kemboja

KEDUTAAN Besar Malaysia di Phnom Penh akan cuba sedaya upaya menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa dan juga agensi di Perlis bagi mempromosi dan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Kemboja.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas mengiringi Baginda dalam program berbasikal bersama warga kerja Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh yang sejauh 25 kilometer baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar di sebuah masjid ketika berbasikal bersama warga kerja Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh sejauh 25 kilometer baru-baru ini.

Eldeen Husaini percaya bahawa dengan usaha ini pihak Kedutaan Besar Malaysia akan dapat memberi dorongan agar rakyat Kemboja khususnya untuk melawat ke Perlis di masa akan datang.

Menurut beliau, Promosi Masakan “Kurma Perlis” yang telahpun dirasmikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra di dua buah restoran iaitu My Kampong Cafe yang beroperasi di 77C Street 480, Toul Tompoung, Chamkarmon dan Dakshin’s di 18, Street 306, near of St. 51, BKK 1, Phnom Penh City sedikit sebanyak mampu memperkenalkan Perlis sebagai destinasi baru pelancongan Malaysia di kalangan masyarakat Kemboja.

Beliau juga yakin bahawa ramai rakyat Malaysia dan juga pengunjung asing akan dapat menikmati juadah hidangan tersebut sepanjang minggu tersebut di beberapa buah restoran lain di sekitar Phnom Penh.

Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika melalui sebatang jalan raya yanf sibuk di Phnom Penh semasa berkenan berbasikal bersama warga kerja Kedutaan Besar Malaysia sejauh 25 kilometer baru-baru ini.

Tambah Eldeen Husaini lagi sehingga kini, jumlah rakyat Malaysia yang berada di Kemboja adalah lebih 6,000 orang.

Katanya,kebanyakan mereka berkerja di pelbagai bidang terutamanya sektor perbankan, telekomunikasi dan pembangunan infrastuktur.

“Keberadaan rakyat Malaysia yang berkerja di sana juga telah banyak membantu Kemboja dalam menjana ekonomi mereka di mana kita mempunyai hampir 500 syarikat Malaysia yang beroperasi di sana,” tambahnya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika melalui sebuah lokasi ketika berbasikal bersama warga kerja Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh sejauh 25 kilometer baru-baru ini.

Malah katanya, terdapat pelbagai syarikat-syarikat besar Malaysia seperti Axiata, Nagaworld, Sunway, serta Institusi kewangan Malaysia seperti Maybank, RHB, CIMB, Public Bank dan Hong Leong Bank yang beroperasi di sana.

Tambahnya, kerancakan para usahawan Malaysia melabur di Kemboja juga telah berjaya menempatkan Malaysia sebagai negara ke tiga terbesar melabur di sana yang mana dari sudut FDI (Foreign Direct Investment) selepas Korea Selatan dan China. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button