Luar Negara

Ribuan penduduk pindah sebelum Gunung berapi Mayon meletus

INI bukan situasi sediakan payung sebelum hujan tetapi berpindah segera sebelum Gunung berapi Mayon di Filipina, meletus

Pihak berkuasa Filipina sudah mula memindahkan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Mayon, gunung berapi paling aktif di negara itu.

Arahan pindah itu menyusul ketika mana pihak berkuasa percaya ancaman letusan berupaya membahayakan nyawa penduduk.

Menurut Pejabat Penerangan Wilayah Albay, kira-kira 2,400 keluarga atau 10,000 penduduk perlu mengosongkan zon bahaya.

Gabenor Albay, Edcel Greco Lagman berkata, pihaknya mahu mengekalkan rekod sifar mangsa di wilayah itu dan berharap dapat memindahkan lebih ramai penduduk ke tempat lebih selamat.

Pihak berkuasa kini memantau rapi cahaya kawah cerah dan batuan pijar dari aliran lahar baharu di puncak gunung berapi Mayon.

Sejak semalam, Mayon, yang terletak di wilayah timur Albay dan terkenal dengan bentuk kon sempurna menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, Mayon diletakkan pada tahap amaran ketiga tertinggi di mana letusan berbahaya mungkin berlaku dalam beberapa minggu atau hari. – SM

BACA Gunung berapi di Hawaii mula meletus selepas 40 tahun ‘tidur’

 

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button