Hiburan

Zarina Zainuddin cemas, anak ‘syurganya’ hilang di bazar Ramadan

RAMAI yang sudah mengetahui bahawa pelakon, Zarina Zainuddin mempunyai dua orang anak istimewa yang menghidap penyakit autisme.

Namun, semalam Zarina telah berkongsi satu detik cemas yang dirakamkan secara langsung ketika anaknya, Azil hilang ketika dia berada di bazar Ramadan di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Menurut Zarina, kehilangan anaknya itu disedari ketika Azil memberitahu yang dia ingin ke tandas.

“Tak tahu dia pergi mana dan macam mana nak cari dia dalam ramai-ramai orang macam ni,” katanya.

Malah, pelakon itu turut membuat rakaman video secara langsung dan memohon supaya orang yang terlihat videonya dan berada di bazar tersebut supaya dapat membantunya mencari Azil.

Namun, Azil masih gagal ditemukan walaupun sudah lebih 8 minit Zarina membuat rakaman secara langsung.

Bagaimanapun, menerusi rakaman video ke dua, Zarina memberitahu yang anaknya itu sudah pun ditemukan.

“Alhamdulillah dah jumpa Azil. Dia pergi dekat kereta lagi satu yang parking bawah stadium. Kami datang dua kereta. Terima kasih semua,” katanya.

Kedua-dua video Zarina itu mendapat perhatian netizen dan rakan selebriti yang menyatakan kerisauan mereka terhadap insiden tersebut. -SM

(Visited 1,168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button