Travel

Industri skuba Malaysia sedia tarik pelancong dari China

INDUSTRI selam skuba Malaysia bersedia untuk menambat hati peminat skuba di “Diving and Resort Travel Expo Shanghai (DRT) 2023” yang akan datang.

Dengan tarikan pengembaraan bawah air yang tiada tandingannya serta pelbagai ekosistem dan tapak menyelam bertaraf dunia, Malaysia bersedia untuk menjadi destinasi selam skuba terbaik di dunia.

Ekspo ini menawarkan satu-satunya peluang untuk menonjolkan sektor selam skuba Malaysia dan tarikannya kepada pasaran China.

Tourism Malaysia membuat penampilan sulungnya di Ekspo tersebut yang bakal berlangsung dari 14 hingga 16 Julai 2023.

Pelbagai pakej menarik yang disesuaikan khusus untuk pengembara China.

Dato’ Dr Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, berkata, “Kami teruja untuk mempersembahkan industri selam skuba Malaysia di Diving and Resort Travel Expo Shanghai (DRT) 2023”.

“Dengan lokasi yang strategik, tapak selam yang bersih dan kebudayaan kita, Malaysia boleh menawarkan gabungan pengembaraan beserta keindahan alam semula jadi, dan pengalaman budaya.

“Kami mengiktiraf minat yang semakin meningkat dalam pengembara China dalam selam skuba, dan Malaysia adalah destinasi yang sempurna untuk memenuhi keinginan mereka.

Dengan kerjasama Organisasi alam sekitar serta pengendali selam di Malaysia, ia bertujuan untuk memelihara Ekosistem bawah air agar pelancong dapat menikmatinya.

Turut hadir ialah Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Encik Sulaiman Suip, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pakej, Pelancongan Malaysia, serta wakil dari Lembaga Pelancongan Sabah, En Wizani Rosmin, dan Pengarah Pejabat Tourism Malaysia Shanghai.

Industri selam skuba Malaysia mempunyai daya tarikan yang besar untuk pelancong China kerana beberapa faktor yang menarik seperti tapak menyelam yang luar biasa yang memenuhi keperluan penyelam.

Pulau Sipadan dipuji sebagai salah satu tempat selam terbaik di dunia, manakala Pulau Redang dan Pulau Tioman adalah destinasi menyelam yang menarik serta menakjubkan.

Selain itu, penduduk tempatan yang mesra, serta masakan yang pelbagai dan kekayaan warisan budaya mampu menarik pelawat dari cina.

Satu lagi elemen menarik untuk pelancong China ialah kemudahan akses ke Malaysia yang mampu menyumbang kepada pencapaian sasaran ketibaan 5 juta pelancong China tahun ini.

Pada masa ini terdapat 175 penerbangan mingguan dari China ke Malaysia.

Malaysia akan sentiasa memperkukuhkan hubungan yang baik dengan Negara itu. -SM

Baca juga : Kerajaan menubuhkan unit khas cegah penyalahgunaan 3R semasa pilihan raya negeri

 

 

 

 

 

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button