Politik

Jadilah UMNO parti tanpa jiwa, tanpa semangat demokrasi

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak pertandingkan

TAN Sri Noh Omar mengambil maklum rintihan Pengerusi Kelab UMNO Sheffield, United Kingdom pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang baharu berlalu pada hari Sabtu, 14 Januari.

Kata Noh, beliau mendengar rintihan pelajar Malaysia dari Sheffield, United Kingdom yang pulang ke tanah air, mewakili Kelab-Kelab UMNO Luar Negara di PAU 2022.

“Saudara Muhammad Iman Irfan Yahya merupakan pelajar Malaysia dari luar negara yang telah disenaraikan sebagai pembahas Ucapan Dasar Presiden No. 17 di PAU 2022.

“Tetapi di saat-saat akhir telah tidak dibenarkan berucap oleh pemimpin tertinggi UMNO Malaysia. Berkemungkinan kerana Muhammad Iman dilihat sebagai seorang pengkritik Presiden UMNO melalui “tweet-tweet” beliau sebelum ini.

“Muhammad Iman di tulisan beliau di Facebook (FB) telah menjelaskan bahawa PAU 2022 yang berakhir pada 14 Januari lalu telah disusun untuk menyelamatkan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia,” kata Noh.

Beliau berkata, “Saya sebagai bekas Presiden Kelab UMNO United Kingdom dan Eire pada tahun 1986 dan telah berdamping dengan pelajar-pelajar Kelab UMNO Luar Negara selama lebih daripada 25 tahun, amat dukacita melihat perkembangan ini.

“Amat membimbangkan apabila anak-anak muda terutamanya pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang ingin mendekati dan bersama parti UMNO, kini menjauhkan diri kerana melihat demokrasi semakin mati di dalam UMNO.

“Bukan sahaja jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dibenarkan di tandingi tetapi pembahas-pembahas seperti Muhammad Iman yang pulang jauh dari United Kingdom telah disingkirkan dan dibuang daripada berucap di PAU 2022 kerana takut beliau mungkin akan mengktirik Presiden UMNO didalam ucapannya.”

Tegas Noh, senario ini jelas memperlihatkan bahawa bukan sahaja Demokrasi Telah Mati tetapi Freedom of Speech (Kebebasan Bersuara) juga telah mati didalam parti UMNO.

“Kerana itulah ketika usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden diundi untuk tidak dipertandingkan, saya duduk dan tidak menyokong.

“Ini adalah kerana saya mahukan demokrasi subur di dalam UMNO. Kerana saya juga amat bimbang sekiranya demokrasi di dalam parti tidak dipertahankan, apabila tiba Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti, hanya saluran 1 dan 2 sahaja yang akan mengundi UMNO-BN.

“Manakala Saluran 4 dan 5, undi dari anak-anak muda akan menjauhkan diri dari  Barisan Nasional (BN) dan UMNO,” ujar Noh lagi.

Sebagai Presiden Kelab UMNO United Kingdom dan Eire pada tahun 1987, Noh berkata, beliau telah pulang ke tanah air dan dipilih sebagai jurucakap di PAU tahun 1987 ketika Tengku Razaleigh menentang Tun Dr. Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO.

Ketika itu, katanya, berlaku krisis UMNO tahun 1987, pemilihan tahun 1987 sangat tegang dengan keadaan semua calon menggunakan jentera yang mereka ada, sama ada parti ataupun jawatan Kerajaan untuk memastikan mereka menang.

Imbau Noh lagi, ketika itu terbentuklah Team A (Tun Mahathir dan Tun Ghafar Baba) dan Team B (Ku Li, Tun Musa Hitam dan Tun Abdullah).

“Walau pun pada masa itu, saya dilihat sebagai seorang pemimpin pelajar Malaysia dari luar negara yang menyokong Tun Abdullah kerana Pak Lah ketika itu ialah Menteri Pelajaran (1984-1986), UMNO Malaysia pada ketika itu tidak menghalang saya berucap di Perhimpunan Agong UMNO Malaysia.

“Saya juga dimaklumkan bahawa jurucakap dari Negeri Selangor iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Saudara Amin juga telah dihalang dan ditukar pada saat akhir kerana Amin dilihat menyokong jawatan Presiden dipertandingkan.

“Kerana semangat demokrasi dan kebebasan bersuara pada PAU 1987 tersebut, saya kekal menyokong dan setia kepada parti UMNO sehingga hari ini,” katanya.

Noh berkata: “Tetapi hari ini, saya amat bimbang dengan alasan agar parti UMNO tidak berpecah maka pindaan Perlembagaan dilakukan agar pemilihan UMNO dilakukan 6 bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Akhirnya UMNO tinggal 26 kerusi Parlimen.

“Sekarang UMNO bakal berhadapan dengan PRN di 6 buah Negeri. Alasan yang sama digunakan iaitu mengelakkan pepecahan dalam parti. Saya amat bimbang pengundi-pengundi di 6 Negeri ini akan menolak calon-calon dari UMNO.” – SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button