Nasional

Usul jawatan Speaker: Azhar ingin ambil tindakan terhadap Utusan

Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan bertajuk “15 Usul Tukar Speaker di Tolak’

Azhar mendakwa laporan yang diterbitkan oleh akhbar itu semalam sebagai tidak benar selain ingin menjatuhkan reputasi dirinya.

“Laporan Utusan Malaysia yang mengata antara lainnya, bahawa saya telah mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas dan juga mempunyai inuendo bahawa usul-usul tersebut ditolak oleh saya adalah tidak benar.

“Dan saya anggap bersifat pembohongan dan fitnah bersifat fitnah dan dibuat dengan niat ungtuk menjatuhkan reputasi saya.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Azhar mengakui pejabatnya menerima pemberitahuan usul-usul untuk beliau mengosongkan jawatan dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Speaker yang baharu.

Beliau kemudiannya menyerahkan surat-surat usul berkenaan kepada Timbalannya, Datuk Mohd. Rashid Hasnon untuk membuat keputusan.

Azhar menjelaskan, beliau tidak sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul berkenaan kerana dirinya mempunyai percanggahan kepentingan.

“Apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut diserahkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa cara sekalipun atau campur tangan di dalam apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut.

“Malah saya tidak tahu menahu mengenai apa-apa keputusan yang mungkin telah dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua mengenai usul-usul tersebut,” kata Azhar.-SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button