Hiburan

Zulin Aziz berang netizen sering kaitkannya dengan individu ‘scammer’

ISU berkenaan ‘scammer’ dan ‘macau scam’ menjadi isu hangat bukan sahaja melibatkan pihak orang ramai, tetapi juga selebriti.

Apatah lagi hubungan rapat individu scammer dengan beberapa selebriti tempatan menjadi bahan yang sering diungkit netizen di ruangan komen.

Antara yang terpalit ialah pelakon dan pengacara, Zulin Aziz yang berang selepas dirinya sering dikaitkan dengan individu scammer di ruangan komen Instagram miliknya.

Menurut Zulin, dia hairan mengapa dirinya dikaitkan dengan individu tersebut sedangkan dia tidak pernah menjalankan perniagaan bersama atau hadir ke mana-mana majlis sosial melibatkan ‘scammer’ itu.

“Kalau saya kenal pun apa isunya? Saya tidak buat perniagaan ataupun kaitan dengan gajala sosial yang lain. Saya cuma pergi ke rumah, masak dan main-main dengan anak-anak dia.

“Apa kena mengena saya pula yang anda hebohkan? Saya sampai sekarang hidup makan gaji, apa yang busuk hati sangat ni?” katanya.

Menurut Zulin, dia berkawan dengan semua orang dan kalau kawannya itu membuat kesalahan, tidak semestinya orang lain akan terlibat sama.

Jelasnya, perkara tersebut masih lagi dalam siasatan dan tidak perlu untuk jatuhkan hukuman sendiri.

“Kalau betul, kita semua doakan semoga mereka dihukum. Kalau tak benar, siapa yang fitnah tu sendiri mau ingat.

“Bukan fitnah mereka sahaja, habis semua kamu kaitkan. Dosa fitnah kamu ini lagi teruk daripada dosa mereka agaknya,” ujarnya.

Jelas Zulin, tidak adil untuk dirinya difitnah kerana dia hanya berkawan. Malah, dia sendiri berhempas pulas bekerja untuk mencari rezekinya sendiri. -SM

(Visited 678 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button