fbpx
Nasional

Ustaz Ebit Liew hadiah Audi R8 kepada isteri

USTAZ Ebit Liew yang terkenal dengan sifat dermawan dan telah membantu banyak golongan yang kurang bernasib di seluruh negara, turut pemurah dengan isterinya.

Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan termasuk ada yang menuduh  menyalahguna sumbangan orang ramai untuk tujuan peribadi, itu semua tidak menghalang beliau meneruskan usahanya.

Malah itu juga tidak menghalang untuk beliau turut berkongsi kisah peribadinya termasuk daripadanya pendapatan diperolehi beliau.

Baru-baru ini beliau berkongsi klip video pendek di instagram yang menunjukkan beliau berada dalam sebuah kereta sport mewah jenis Audi R8.

Daripada keterangan pada video berkenaan, kereta tersebut dipercayai dibeli sebagai hadiah beliau untuk isterinya.


Katanya, belanja untuk isteri dan keluarga adalah sedekah yang bersar nilainya.

Menurut beliau, di samping nafkah wajib, suami juga perlu berkongsi dengan isteri akan apa yang mereka suka.

“Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri.

“Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga.

“Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita.

“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak. Allahuakbar..

“Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita,” tulis Ebit Liew di instagramnya. -.

Katanya, Sedih baca ramai kisah ramai yang ketika tidak ada duit  isteri tidak menyusahkan mereka, tetapi apabila sudah senang lupa belanja isteri.

“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama.

“Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik,” kata beliau. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button