AgamaNasional

UsraHDD: Hibah digital patuh syariah tanpa kertas pertama di dunia

MASALAH hibah menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan oleh umat Islam khususnya di Malaysia apabila Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB), syarikat amanah berasaskan penyelidikan ilmiah yang berinsentif melancarkan aplikasi usraHDD iaitu pelaksanaan dan penyimpanan data serta dokumen hibah pertama di dunia secara dalam talian.

Dalam erti kata lain, usraHDD dijalankan secara tanpa kertas atau paperless yang memudahkan umat Islam di serata dunia untuk melaksanakan hibah kepada penerima.

Ariffin Sabirin memberi pencerahan dan sekaligus melancarkan secara rasmi aplikasi usraHDD di Petaling Jaya, Selangor, hari ini. -SM

Presiden Kumpulan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan WSB, Ariffin Sabirin berkata, sejak usraHDD diperkenalkan pada pertengahan bulan Disember tahun lepas, sebanyak 50,000 orang telah menjadi pelanggan.

“Menerusi aplikasi usraHDD ia bukan sahaja memudahkan tetapi juga dapat mengelakkan kemusnahan dokumen fizikal yang disimpan kerana semua data dan dokumen disimpan di stor awan atau cloud,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi pencerahan kepada media tentang membuat hibah dengan menggunakan aplikasi usraHDD yang boleh dimuat turun di telefon pintar serta melancarkan secara rasmi aplikasi tersebut di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata, umat Islam yang mahu menghibahkan aset mereka kini lebih mudah untuk melakukannya menerusi usraHDD kerana donor (Al-Wahid) kepada donee (Al-Mauhub Lahu) yang menghibahkan asetnya (Al-Mauhub) sehingga ke peringkat ijab dan qabul boleh melaksanakannya tanpa perlu hadir secara fizikal.

Katanya, proses itu hanya mengambil masa antara lima ke 10 minit sahaja dan perkhidmatan ini adalah secara percuma.

Cuma sedikit bayaran dikenakan kepala pelanggan iaitu bayaran sekali sahaja atau one off bermula dari RM1,600 dan pelanggan boleh pula membuat bayaran secara ansuran selama lima tahun, katanya.

“UsraHDD selamat kerana EKYC memastikan aplikasi keselamatan yang ketat dan pelanggan tidak perlu bimbang berlaku ketirisan data atau dokumen.

“Dokumen hibah tidak boleh diubah oleh sesiapa sahaja dan mereka yang mempunyai akaun CDS  juga ditawarkan membuat hibah menerusi usraHDD,” ujar beliau.

Beliau berkata, setakat ini, usraHDD telah diperjelaskan kepada mahkamah-mahkamah syariah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

“Kita akan meneruskan langkah memberi pencerahan kepada mahkamah syariah di negeri-negeri lain kerana lain-lain negeri, hukum syariahnya berbeza,” katanya.

Mengambilkira statistik harta yang tidak diwariskan sebanyak 70 bilion, Ariffin berkata, sudah tiba masanya umat Islam mempunyai kesedaran untuk membuat pembahagian harta atau pun menghibahkan aset yang ada kepada penerima atau donee.

“Oleh yang demikian, WSB mensasarkan 100,000 pelanggan yang akan menggunakan usraHDD menjelang tahun 2024.

“Dalam masa dua tahun ini, kita akan memastikan pembangunan usraHDD dengan penambahbaikan dapat dilakukan menerusi capaian streamline,” jelas beliau.

Beliau juga berkata, kos pembangunan aplikasi usraHDD sebanyak RM750,000 telah dibelanjakan oleh WSB.

“Kita menyasarkan pendapatan daripada aplikasi ini mencapai antara RM5 juta ke RM7 juta akhir tahun depan.

“Hibah digital pertama didunia tanpa kertas yang diperkenalkan oleh WSB adalah tulen, tidak meniru idea oleh mana-mana pihak.

“Dengan adanya aplikasi ini, hibah boleh dilakukan pada kadar tiga kali ganda iaitu antara 1,500 ke 2,000 berbanding hibah yang dibuat secara manual iaitu 500 hingga 700 sebulan,” katanya. – SM

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button