Hiburan

Meriahnya majlis resepsi Sweet Qismina-Adam Lee

SELEPAS setahun pasangan merpati dua sejoli, pelakon wanita Sweet Qismina dan aktor Adam Lee mengikat tali pertunangan akhirnya mereka selamat disatukan kelmarin.

Pernikahan mereka mengambil tarikh ulang tahun kelahiran Qismina yang ke-25.

Dengan sekali lafaz Qismina sah menjadi isteri Adam yang mana lokasi pernikahan mereka diadakan di The Boathouse, Ampang, Selangor.

Pasangan ini dinikahkan oleh Iman Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak.

Majlis resepsi malam tadi dihadiri rakan-rakan artis, keluarga dan sanak saudara kedua mempelai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @piyaasoff, Qismina menari di majlis resepsinya.
Bagaimana pun, tindakan pelakon wanita itu mengundang pelbagai reaksi dan kritikan ramai sehingga ada yang mempersoalkan perbuatannya itu tidak sepatutnya dilakukan untuk mendapatkan keberkatan.

Namun ada juga segelintir netizen dan para peminat menyokong Qismina yang menari di hari bahagianya kerana ia sekadar memeriahkan majlis. – SM

(Visited 681 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button