Nasional

Amerika Syarikat sumbang satu juta vaksin Pfizer

AMERIKA Syarikat menyumbang satu juta dos vaksin Covid-19 jenis Pflize kepada Malaysia.

Menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, vaksin yang diberikan secara percuma itu akan tiba ke Malaysia esok.

Hishammuddin berkata, sumbangan vaksin tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken.

“Terima kasih kepada rakan sejawat saya, TYT Antony Blinken dan Kerajaan Amerika Syarikat atas sumbangan vaksin ini serta pelbagai lagi bentuk bantuan kepada Malaysia sejak pandemik #COVID19 melanda tahun lalu.

“Saya dan Antony Blinken akan terus berkongsi komitmen demi memastikan hubungan erat Malaysia, Amerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat bersama khususnya di era pasca pandemik,” kata Hishammuddin.

Tiga hari lalu Malaysia menerima sumbangan satu juta vaksin AstraZeneca (AZ) dari Jepun.-SM

 

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button