Nasionalpilihan

Jumlah Dagangan Meningkat 43.4 Peratus, Kadar Pengangguran Menurun 3.9 Peratus

Ekonomi negara terus mencatatkan pemulihan sepanjang negara berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik selepas dua tahun berdepan dengan ancaman Covid-19.

Diikuti pula dengan kenaikan harga barangan dan inflasi akibat gangguan rantaian bekalan global dan krisis geopolitik serantau, prestasi ekonomi dan perdagangan negara terus kekal utuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi suku pertama tahun, pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5 peratus.

“Perkembangan ini disokong oleh peningkatan permintaan dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di Hotel One World, Petaling Jaya.

Mengulas lanjut tentang kenyataan tersebut, Perdana Menteri memberitahu pertumbuhan ekonomi dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun ini dengan disokong oleh beberapa petunjuk ekonomi termasuk:

Pertama: Jumlah dagangan Malaysia telah meningkat sebanyak 43.4 peratus pada Jun tahun ini, paras tertinggi
baharu yang berjumlah RM270.4 bilion;

Kedua: Eksport meningkat 38.8 peratus kepada RM146.2 bilion manakala import bertambah 49.3 peratus kepada
RM124.2 bilion

Ketiga: Pasaran buruh lebih baik, kadar pengangguran telah menurun kepada 3.9 peratus pada Mei tahun ini
berbanding 5.0 peratus pada bulan yang sama tahun 2020;

Keempat: Jualan perdagangan borong dan runcit mencatat peningkatan sebanyak 19.9 peratus pada Mei tahun ini;

Kelima: Jualan sektor pembuatan meningkat sebanyak 15.7 peratus pada Mei tahun ini.

“Prestasi ekonomi yang baik ini turut disokong oleh dasar Kerajaan yang konsisten terutamanya inisiatif di bawah
Bajet 2022, pakej rangsangan dan bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan.

“Selain itu, Kerajaan juga mendapat kerjasama dan pandangan dewan-dewan perniagaan termasuk NCCIM
dalam isu-isu berkaitan ekonomi agar dapat memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button