Nasional

UPSI Universiti pertama hantar pasukan RESQ bantu mangsa banjir di Baling

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi universiti awam pertama yang menghantar pasukan membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.

Pasukan ResQ mula bergerak kira-kira jam 12 tengah hari tadi membawa bersama barangan keperluan berupa pakaian pakaian wanita seperti baju kurung, blouse, seluar, kain batik, tudung serta manakala pakaian lelaki kemeja, tshirt, seluar jeans, serta seluar slack.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Selain itu pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan serta keperluan asas seperti telekung, selimut, dan cadar.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI sentiasa prihatin dan bersimpati dengan nasib mangsa banjir termasuk terbaharu di beberapa kampung di Baling.

“Kami memiliki pasukan ResQ yang memiliki semangat kesukarelawanan yang tinggi yang terdiri daripada staf dan mahasiswa yang sentiasa bersiap siaga untuk membantu komuniti yang mengalami bencana alam termasuk banjir ,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin melepaskan pasukan ResQ yang diketuai oleh Dr Omar Firdaus bergerak ke Baling bersama anggota seramai 15 orang staf dan pelajar ResQ.


 

Prof Madya Dr Norkhalid melepaskan pergerakan Pasukan ResQ UPSI ke Baling di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah tengah hari tadi.

Beliau berkata kekuatan jentera yang dihantar termasuklah sebuah bas, tiga unit kenderaan pacuan empat roda, dua bot dan tiga unit kayak.

Norkhalid bersama antara pelajar UPSI yang bergerak bersama Pasukan ResQ ke Baling.

“Kami juga akan menyediakan bantuan pasca banjir seperti water jet dan pelbagai kelengkapan selain keperluan makanan untuk mangsa banjir.
Katanya, pasukan ResQ juga akan membantu keluarga pelajar dan staf UPSI yang ditimpa musibah banjir yang melanda Baling petang semalam atas semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan.

 

(Visited 575 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button