Nasional

UPSI, Universiti Ibn Haldun bakal jalin kerjasama

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini mengadakan kunjungan ke Ibn Haldun-Istanbul bagi meluaskan kerjasama bersama institusi pendidikan di Turkiye dalam pelbagai aspek yang memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

Kedutaan Malaysia di Ankara, Turkiye, TYT Sazali Mustafa Kamal bersama pegawai-pegawai kedutaan berkata perbincangan yang diadakan dilihat mampu membuka peluang kepada anak-anak didik dari Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Turkiye.

“Saya dimaklumkan bahawa UPSI sedang menyambut ulang tahun ke-100 dan pada hari ini menyaksikan satu lagi perkongsian maklumat penerokaan peluang pendidikan yang boleh dilaksanakan di Turkiye,” katanya.
Kunjungan itu, katanya, bermakna dalam konteks meluaskan jaringan kerjasama antara UPSI dengan universiti terkemuka, Universiti Ibn Haldun, Istanbul.

Abdul Rahim bertukar cenderamata bersama Prof. Dr. Ali Yeşilırmak yang mewakili Universiti Ibn Haldun (tujuh dari kiri).

“Harapan saya kerjasama yang terbina nanti secara rasmi akan memberi manfaat kepada kedua-dua universiti dalam pelbagai bidang,” katanya.
Seramai 16 akademia mewakili UPSI yang diketuai Pengarah Akademik, Prof Dr Abdul Rahim Razalli bertemu dengan Timbalan Rektor Universiti Ibn Haldun, Prof. Dr. Ali Yeşilırmak serta pengurusan tertinggi universiti berkenaan.
Abdul Rahim berkata selain program pertukaran pelajar dan pensyarah, UPSI akan membina jalinan penyelidikan bersama, kerjasama geran dan pembangunan guna tenaga pendidikan.

Dekan FPM, Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hasim (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Duta Malaysia di Ankara, TYT Sazali Mustafa Kamal.

Beliau berkata satu perbincangan ke arah mendatangani perjanjian persefajaman (MOU) akan diadakan antara Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) dan Fakulti Pendidikan, Ibnu Haldun pada masa akan datang.
“Kami juga berkongsi informasi tentang inisiatif universiti menjayakan sambutan sempena 100 tahun UPSI menerusi 100 program menarik yang menimbulkan keterujaan wakil Universiti Ibn Haldun,” katanya.

Selain Universiti Ibn Haldun, delegasi UPSI turut berkunjung ke pejabat Kedutaan Malaysia di Istanbul, Turkiye.

Antara akademia UPSI yang mengunjungi Universiti Ibn Haldun di Istanbul untuk menjalin kerjasama.

Hadir sama Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hasim serta Pengarah Pusat Pedagogi Penyelidikan dan Inovasi (CPRI), Prof Madya Dr Nordin Mamat.

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button