Bola SepakJenayahSukan

Penolong jurulatih Liga Super ‘dibelasah’

SEORANG penolong jurulatih sebuah pasukan gergasi Liga Super ‘dibedal’ ketika saingan Piala FA pada Jun lalu.

Menurut sumber, penolong jurulatih berusia 46 tahun itu dipercayai dipukul sebaik tamat perlawanan membabitkan dua gergasi bola sepak tanah air sebelum dileraikan pegawai pasukan yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, individu yang memukul penolong jurulatih terbabit adalah bekas pemain sebuah pasukan yang pernah berpangkalan di Pantai Timur dan Selatan tanah air selain enam kali mewakili skuad kebangsaan.

“Penolong jurulatih berbangsa asing itu dipukul berikutan dikatakan terdapat salah faham membabitkan kedua-dua individu itu. Namun, insiden terbabit tidak dihebohkan kepada umum.

“Difahamkan, penolong jurulatih itu sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut. Setakat ini, tiada kecederaan serius dialami beliau,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Berikutan kejadian itu, penolong jurulatih yang pernah berkhidmat dengan beberapa pasukan Liga Super sudah membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) untuk tindakan susulan.

“Saya tidak pasti penolong jurulatih itu sudah membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Sekarang ini, kita lihat apa tindakan daripada Fifa kelak,” katanya.

Mengikut rekod, individu yang memukul penolong jurulatih itu kini tidak lagi beraksi untuk mana-mana pasukan di Liga Super namun aktif terbabit dengan beberapa perkara dalam saingan bola sepak tempatan.

Penolong jurulatih terbabit pula baharu saja dilantik sebagai pembantu kepada pengendali pasukan gergasi Liga Super pada musim ini. – HARIAN METRO – SM

 

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button