Politik

Satu Rumah, Satu Graduan Akan Direalisasikan Jika Iqbal Jadi ADUN Bukit Pasir

Calon Perikatan Nasional N08 DUN Bukit Pasir, Muhamad Nur Iqbal Abdul Razak menyeru masyarakat di kawasan ditandinginya untuk mengundi Perikatan Nasional.

Sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau komited untuk memastikan masa depan yang lebih cerah dan terjamin buat masyarakat di DUN tersebut.

Ujarnya, atas komitmen tersebut, beliau akan memastikan pendidikan masyarakat khususunya anak muda terjamin.

“Saya akan berikan tumpuan dengan memastikan bantuan biasiswa, tuisyen percuma buat anak-anak yang menghadapi SPM dan peperiksaan penting sebagai persiapan mereka,” katanya, di sini.

Dalam gerak kempennya, Muhamad Nur Iqbal turut menzahirkan komitmen menggerakkan usaha menjayakan ‘Satu Rumah, Satu Graduan’.

“Saya berhasrat ingin membangunkan DUN Bukit Pasir dengan ilmu kerana saya percaya adalah lebih baik memberikan ‘pukat mahupun pancing’ untuk mencari makan berbanding memberikan ‘ikan’ yang bersifat sementara,” katanya.

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button