MahkamahNasional
Trending

Sekolah disaman hampir RM2 juta kerana kes buli

SEORANG wanita mengambil tindakan udang-undang dengan mengemukakan saman RM2 juta kerana kes buli di sekolah.

Tindakan itu diambil Zaiton Yusoff bagi menuntut keadilan terhadap anak perempuannya yang didakwa mengalami trauma akibat dibuli tahun lalu.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku dekat sebuah sekolah menengah di Temerloh, Pahang.

Menurutnya, selepas insiden tersebut anaknya terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri dan psikologi di sebuah hospital setiap bulan.

“Dia kena jumpa pakar psikiatri dan psikologi setiap bulan dan diberikan rawatan bagi menangani masalah emosinya.”

BACA > MyHaus: Permulaan, tiga rumah dibina, dibaiki — Suara Merdeka

Kata Zaiton dalam satu sidang akhbar  di Shah Alam seperti dilaporkan portal The Star semalam.

Dalam sidang akhbar tersebut, Zaiton yang ditemani peguam Wan Azliana Wan Adnan memberitahu, anaknya merupakan seorang pelajar yang mesra dan ceria.

Berdasarkan fakta kes, pada 11 Julai 2019, anaknya dikatakan diganggu dalam kawasan sekolah sebelum masuk ke kelas.

Apabila berada di dalam kelas, anak perempuannya terus diperlakukan dengan tidak wajar bermula dengan insiden baling bola kertas dan pen oleh murid lain sekitar pukul 11 pagi.

Sejurus sesi pembelajaran subjek Sejarah selesai, murid perempuan berkenaan ditampar dengan tapak tangan berdakwat dan meramas muka serta tudungnya ditarik.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudian dipukul dekat dada, perut dan kaki.

BACA > Singapura, Malaysia setuju buka pintu sempadan — Suara Merdeka

Lebih teruk lagi, murid lelaki terbabit turut meramas buah dada rakan sekelasnya itu.

Murid perempuan berkenaan kemudian menfailkan kes pada 25 Jun melalui ibunya terhadap murid pelaku yang melalui bapanya,  Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Ketua Pengarah Pendidikan dan kerajaan di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, murid perempuan berkenaan menderita sakit pada bahagian dada, peha kiri, mata, lengan dan leher serta mengalami trauma.

Selepas kejadian juga, murid berkenaan dimasukkan ke dalam wad psikiatri.

Menurut Zaiton, dia menuntut sejumlah ganti rugi am sebanyak RM1.5 juta, RM300,000 ganti rugi teladan dan RM300,000 lagi akibat penderitaan yang dialami anaknya.

Lapor portal The Star lagi, tuntutan ganti rugi itu juga dibuat kerana anaknya kini berubah menjadi seorang yang sangat agresif dan mencederakan diri sendiri.

BACA > Juruterapi OKU penglihatan lega pusat refleksologi beroperasi semula — Suara Merdeka

Selain itu, anaknya juga enggan pergi ke sekolah lagi akibat trauma yang dialaminya. – SM

(Visited 1,173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button