Nasional

UPSI terap semangat cintakan alam semula jadi dan kehijauan kampus

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak proaktif melestarikan alam menerusi Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), “One Student, One Tree” bagi meningkatkan kawasan hijau di dalam kampus.

Prof Md Amin (tiga dari kiri) turut serta menanam pokok sempena program Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), “One Student, One Tree”.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok itu dilaksanakan bagi menyokong program yang dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT).

Katanya, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan kawasan berhutan dan memupuk semangat cintakan hutan kepada segenap lapisan masyarakat.

Penanaman awal sebanyak 380 pokok dilakukan oleh mahasiswa baharu ambilan Oktober 2022 di sekitar kawasan Padang Kawad dan Padang Istiadat, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI.

Menurut beliau setiap mahasiswa yang terpilih menanam dan memantau satu pokok bermula seawal semester satu dan mereka akan memantau tumbesaran pokok tersebut sepanjang pengajian mereka di IPT melalui aplikasi peranti mudah alih “Penghijauan Malaysia”.

Antara pelajar baharu UPSI Yang menyertai program.

Taklimat mengenai proses penanaman, cara penjagaan, dan penggunaan aplikasi peranti mudah alih “Penghijauan Malaysia” telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Azmi Mohd Zin, sebelum proses penanaman dilakukan.

Untuk fasa pertama, katanya, UPSI menerima sumbangan sebanyak 380 batang pokok Penaga Lilin dan Pokok Rhu daripada Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Beliau berkata, kempen yang dilakukan itu adalah untuk membudayakan aktiviti penanaman pokok dan rasa cintakan alam semula jadi kepada mahasiswa sebagai satu inspirasi bakal pemimpin yang akan datang.

Pengurusan Tertinggi UPSI, wakil Jabatan Hutan serta pelajar baharu yang menyertai program.

Md Amin berkata, kempen bertemakan “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi dalam kalangan mahasiswa khasnya melalui penanaman pelbagai jenis pokok sekali gus menyokong komitmen negara untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr. Norkhalid Salimin berharap mahasiswa UPSI dapat menyahut baik Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Bersama Pelajar IPTA “One Student, One Tree” ini dan memegang amanah menjaga pokok dengan sebaiknya sekali gus dapat menyumbang ke arah kejayaan Agenda Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button