Nasional

UPSI tekan konsep 5K untuk lakar kecemerlangan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi tekanan terhadap amalan 5K iaitu Kekeluargaan, Kasih Sayang,Keseronokan, Kreativiti, dan Kesegeraan demi melonjakkan kecemerlangan pada masa hadapan.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Aspirasi Naib Canselor 2023 bertemakan “Pemacu Keunggulan Pendidikan”yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor Jumaat lalu.

Md Amin menyampaikan syarahan Aspirasi Naib Canselor di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah Jumaat lalu.

Syarahan yang disaksikan oleh lebih 4,000 yang terdiri kakitangan dan mahasiswa UPSI itu turut memberi penekanan terhadap amalan Akademik, Adab, Akhlak (3A) dalam melahirkan graduan yang holistik dan hebat.

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) digerakkan untuk menganjur Program Bina Insan Bitara bagi membentuk ciri-ciri mahasiswa yang holistik.

Md Amin merancang melaksanakan pelbagai termasuklah, program Malaysia Juara bagi mengharumkan nama Malaysia; Pusat Pendidikan Teknologi Hijau di Kolej Zaaba; Bas Pendidikan untuk menjayakan aktiviti bersama masyarakat, manakala UPSI ResQ Team akan membawa pakar -pakar UPSI untuk menjalankan kajian di kawasan banjir.

UPSI , katanya, akan terus berusaha melakar kecemerlangan pendidikan dengan melaksanakan Pelan Pendigitalan Pendidikan digerakkan oleh fakulti yang baru ditubuhkan iaitu Fakulti Komputeran Dan Meta Teknologi (FKMT) diterajui dekan baharunya, Prof Madya Dr Maizatul Hayati Mohd Yatim.

Beliau berkata perubahan teknologi IR5.0 akan diimarahkan selain berusaha meraih Akreditasi Antarabangsa serta menggiatkan lagi program Mobiliti Antarabangsa.

“Saya juga berharap akademia UPSI menerapkan Kurikulum Berteraskan Realiti Kehidupan dalam pengajaran untuk memberi kesan terhadap pembelajaran di dalam bilik kuliah, “katanya.

Program “Pelita Budiman” dengan menawarkan program pengajian Diploma Keusahawanan untuk pesalah juvenil akan dilaksanakan menerusi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) dan selain mengadakan usahasama dengan Proton, Perodua, serta Luncai Emas.

Katanya, ke arah mewujudkan Global Pendidikan, menjelang Oktober UPSI akan memperkenalkan Global Teachers Award untuk mengiktiraf guru-guru di dunia yang hebat.

UPSI juga , katanya, bercadang menubuhkan Badan Pemikir Pendidikan Negara yang akan membantu negara memperkasakan sektor pendidikan selain menjemput Professor Antarabangsa Terulung Pendidikan, Howard Gardner yang mencetuskan Teori Multiple Intelligence.

Md Amin bersama warga UPSI yang hadir mendengar syarahannya.

“Kampus Teluk Intan juga akan diteruskan agar dapat digunakan pada tahun 2026 selain tambahan kapasiti kolej dari 7,452 kepada 14, 508 penghuni,” katanya.

Md Amin turut melahirkan bangganya atas inisiatif Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang membuka Pusat Pengajian Luar Negara di United Emeriah Arab Bersatu (UAE), China, Bangladesh, Rusia, Uzbekistan, serta United Kingdom.

Bagi memeriahkan suasana kampus, UPSI , katanya akan membuka Pusat Boling dan Golf Driving Range pada bulan Jun, mewujudkan Cabin@Ujana untuk pengunjung menginap sambil menikmati suasana alam semula jadi di Tanjung Malim, mewujudkan Rooftop Cafe di Scholars Suites untuk menikmati pemandangan indah Banjaran Titiwangsa, Tasik Rekreasi Banjaran yang mempunyai restauran terapung.

Pada majlis sama Md Amin turut menyampaikan replika cek berjumlah RM1, 579, 355 untuk Tabung Biasiswa Bitara.

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button