pilihanSukan

Zii Jia jangan kecewa, Chen Long pasti akan jadi lubuk buat lu – Chong Wei

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memuji persembahan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia di pentas olimpik semalam.
Chong Wei berkata, tenaga, ketangkasan dan teknik Zii Jia pada perlawanan semalam memang lebih tinggi berbanding pemain lawan dari China, Chen Long yang juga pemenang pingat emas Olimpik di Rio, Brazil pada 2016.
“Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama, siapa yang tak cemas. Permainan saya sewaktu Olimpik pertama pun tak kemas.
“Apa yang penting ialah dongakkan dagu dan teruskan usaha. Olimpik seterusnya hanya tiga tahun sahaja lagi. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya ditangguhkan,” katanya.
Zii Jia yang juga pemain nombor satu negara gagal melangkah ke peringkat suku akhir Oimpik Tokyo 2020 selepas tewas di tangan Chen Long.

Zii Jia berjaya bermain dengan baik pada set pertama dan mencipta kemenangan 21-8 selepas menampilkan permainan seimbang sejak daripada awal permainan.

Set kedua pula menyaksikan pemain itu banyak melakukan kesilapan mudah sebelm tewas 19-21.

Memasuki set penentuan, Zii Jia prestasi Zii Jia dilihat terus merudum dan banyak memberikan kelebihan kepada Chen Long untuk melakukan serangan hingga menang 21-5.

Dalam pada itu, Chong turut berharap supaya Zii Jia tidak terlalu kecewa kerana persembahannya semalam sangat bagus dan satu Malaysia sudah mengetahui dia telah mencuba sedaya upaya.

“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, ChenLong bukan calang-calang defending champion. Muka jer innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Mungkin lepas ni boleh cari tempat latihan di Melaka. Dengar kata berlatih kat situ boleh dapat emas Olimpik,” katanya berseloroh. -SM
(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button