NasionalNegeri

Akhlak baik tunjang kejayaan setiap individu

AKHLAK yang baik merupakan tunjang kejayaan setiap individu merangkumi perlakuan yang diterima masyarakat dan pemikiran yang positif.

Perlakuan tidak bermoral wajar dielakkan sama sekali kerana perbuatan ini bukan sahaja menconteng arang di muka sendiri, bahkan ahli keluarga akan terpalit sama.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Naharudeen berkenan melakukan perasmian Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 anjuran YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Peringkat SMK Derma, Kangar hari ini.

Usaha melahirkan bakal pemimpin negara perlu dimulakan dengan curahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan di samping pembentukan sahsiah terpuji dan mengaplikasikan nilai-nilai positif dalam kehidupan kesan daripada segala ilmu yang telah dipelajari.

Kejayaan dalam bidang akademik akan menentukan kerjaya pada masa depan tetapi tidak memadai jika akhlak tidak dijaga.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah semasa melakukan perasmian Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 anjuran YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Peringkat SMK Derma, Kangar hari ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat merasmikan Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Kangar hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman dan Pengetua sekolah, Haliah Othman.

SMK Derma telah meraih pelbagai pencapaian yang membanggakan sama ada dalam bidang akademik mahupun ko-akademik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan guru semasa melakukan perasmian Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 anjuran YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Peringkat SMK Derma, Kangar hari ini.

Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah diadakan baru-baru ini menunjukkan peningkatan apabila Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 3.43 berbanding tahun sebelumnya sebanyak 4.26.

Bagi kategori ko-akademik Bahasa Melayu pula, SMK Derma telah meraih Johan dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Johan dalam Pertandingan Pidato dan Johan dalam Pertandingan Drama Sekolah-sekolah Menengah di Perlis.

Kejayaan ini sama sekali melayakkan mereka untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Manakala kategori ko-akademik Bahasa Inggeris pula, sekolah ini telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan “Choral Speaking” dan Pertandingan “Public Speaking”.

Seorang pelajar juga telah dianugerahkan Kondukter terbaik dalam pertandingan ini.

Dalam Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2023 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini, SMK Derma juga berjaya meraih Naib Johan daripada 29 pasukan dari seluruh negara yang bertanding.

Begitu juga dengan pertandingan Kem Daie Pena Muda yang berjaya mendapat tempat pertama.

Bagi kategori kokurikulum pula, SMK Derma telah menggondol pingat emas dalam acara memanah di peringkat kebangsaan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Begitu juga dengan Kejohanan Skuasy Junior Kebangsaan yang juga telah mendapat pingat emas kategori Lelaki Bawah 15 tahun.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar kenangan dengan guru dan pelajar semasa melakukan perasmian Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 anjuran YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Peringkat SMK Derma, Kangar hari ini.

SMK Derma juga mendapat tempat pertama kategori Perempuan Bawah 15 tahun dalam acara Ping Pong dan Naib Johan dalam Kejohanan Tenis MSSPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Pengerusi YTSP Perlis turut berkenan merasmikan laluan “Face Of Excellence” di sekolah ini.

Laluan ini bertujuan untuk meningkatkan semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk berusaha mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan memaparkan alumni-alumni SMK Derma yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mendapat biasiswa.

Raja Muda Perlis menzahirkan ucapan tahniah atas pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh warga sekolah kluster tersebut.

Baginda yang juga merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan dari tahun 1980 hingga 1982 berharap agar para pelajar akan sentiasa menjaga nama baik diri sendiri, keluarga dan nama baik sekolah. – SM

BACA Ciri mentaliti kelas pertama dahulukan berfikir sebelum bertindak- Raja Muda Perlis

BACA Raja Muda Perlis hadir hari lahir Penasihat Kenanga Investment Bank Berhad

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button