NegeriPendidikanRencah Hidup

Raja Puan Muda hadir Bengkel Pendidikan Awal Guru, Penjaga Autisme

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Bengkel Pendidikan Awal Untuk Guru Dan Penjaga Kanak-Kanak Autisme di The Putra Regency Hotel, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan penganjur Bengkel Pendidikan Awal Untuk Guru Dan Penjaga Kanak-Kanak Autisme di The Putra Regency Hotel, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Presiden Rotary Club of Perlis, Jimmy Goh Weizhi dan usahawan, Datuk Steven Ooi.

Bengkel ini dianjurkan oleh Rotary Club of Perlis dengan kerjasama The National Autism Society of Malaysia (NASOM), Ohana dan A-Heart Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan awal kepada ibu bapa, penjaga dan guru mengenai autisme.

Antara aktiviti yang dilaksanakan pada kali ini adalah ‘Autism & The Brain’, ‘Communications’, ‘Play Therapy’, ‘Behavior Management’ dan ’Sensory Regulation’ yang terbahagi kepada dua sesi iaitu pagi dan petang.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan hadir pada Bengkel Pendidikan Awal Untuk Guru Dan Penjaga Kanak-Kanak Autisme di The Putra Regency Hotel, Kangar.

Menerusi aktiviti dijalankan, 5 pelatih terlibat bagi membimbing 45 peserta yang terdiri daripada ibu bapa, penjaga dan guru-guru bagi merasai sendiri bagaimana anak-anak ini menjalani kehidupan seharian mereka dengan penuh cekal dan tabah.

Tuanku Lailatul Shahreen yang juga merangkap Penaung A/Heart menzahirkan agar program ‘awareness’ seumpama ini perlu ditingkatkan bagi memperjuangkan kesedaran dan penerimaan autisme di kalangan rakyat Malaysia khususnya di negeri Perlis.

Sebahagian peserta yang hadir pada Bengkel Pendidikan Awal Untuk Guru Dan Penjaga Kanak-Kanak Autisme di The Putra Regency Hotel, Kangar.

Terdahulu daripada itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan meluangkan masa singgah dan beramah mesra dengan ahli jawatankuasa penganjuran program. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button