Nasional

UPSI sahut saranan KPT perkasa pendidikan negara

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan terus melaksanakan agenda pendigitalan pendidikan tinggi negara selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Berikutan ucapan pada Majlis Perutusan Tahun Baru 2023 Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin di Putrajaya hari ini, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff beriltizam untuk menggembeleng tenaga dengan memperkasa kemampanan pendidikan dengan menilai pelan strategik yang dirangka dan dilaksana agar menepati sasaran.

Katanya, UPSI sentiasa proaktif dalam menggerakkan usaha ke arah memperkasa aspirasi pendidikan tinggi apalagi sebagai pusat pengajian pendidikan terulung tanahair yang mencecah 100 tahun usianya UPSI menggalas amanah yang dimandatkan oleh negara memajukan pendidikan.

“Seperti yang dihasratkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi dalam perutusannya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dalam bidang pengajian tinggi, UPSI berhasrat meningkatkan penarafan pusat pengajian ke arah lebih tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

UPSI juga, katanya, beriltizam mahu menjadi sebuah universiti berfokuskan tujahan pendidikan dengan moto Peneraju Kebitaraan Pendidikan menerusi Lima Rangka Tindakan Strategik 2022 yang digariskan meliputi kecemerlangan institusi, pemerkasaan pendidikan, kelestarian ekosistem, kemampanan penjanaan dan keutuhan modal insan.

“Pelbagai insiatif dan strategi dirangka dalam memastikan rangka tindakan strategik ini dapat direalisasikan,

Menurut beliau bagi rangka tindakan strategik Pemerkasaan Akademik, sebagai satu-satunya universiti pendidikan di Malaysia, UPSI perlu menerajui inisiatif pemerkasaan pendidikan pendigitalan pendidikan negara.

“Justeru, UPSI yang menubuhkan fakulti baharu iaitu Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi dianggap bertepatan dengan aspirasi Dasar Revolusi Perindustrian dan inisiatif Pendigitalan Pendidikan Negara.

Beliau berkata selain penekanan diberikan terhadap aspek penyediaan pelajar dengan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi dan komprehensif yang membolehkan mereka untuk membangunkan kapasiti intelektual am, minat dan kebolehan tertentu melalui program-program akademik dan perkhidmatan pembangunan pelajar.

Ini, katanya, berselari dengan roh UPSI dalam menghasilkan pemimpin mahasiswa yang dapat menyumbang kepada komuniti, masyarakat serta membangunkan membangunkan Malaysia sebagai negara yang madani.

 

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button