NasionalParlimen

Kerajaan Pusat dicadangkan tubuh agensi kawal selia urusan REE

KERAJAAN Pusat perlu menubuhkan sebuah Agensi, satu Badan atau GLC bagi mengawal selia semua urusan berkaitan nadir bumi (REE) di negara ini, kata Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya .

Beliau berkata, Rafe Earth Elements atau elemen nadir bumi (REE) yang digunakan pelbagai aplikasi seperti elektronik, magnet, pemangkin, bateri dan lain-lain merupakan sumber baharu dan haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh negara kita.

“REE iaitu sekumpulan 17 unsur kimia yang mempunyai banyak ciri yang serupa dan sering ditemui bersama dalam deposit geologi.

“Bahan ini digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti elektronik, magnet, pemangkin, bateri dan lain-lain. Sumber baru ini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh negara kita.

“Oleh itu saya mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk menubuhkan sebuah Agensi, satu Badan atau GLC bagi mengawal selia semua urusan berkaitan nadir bumi negara kita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, dengan adanya penubuhan agensi sedemikian, Malaysia boleh menyelaraskan penjualan keluar nadir bumi ini.

“Contohnya seperti Petronas kawal selia penjualan produk petrolium walaupun sumbernya terletak di kawasan negeri-negeri,” ujar beliau.

Beliau berkata, cadangan penubuhan agensi ini juga akan dapat mengelakkan pergaduhan antara negeri-negeri dengan Kerajaan Pusat dan seterusnya mengelak daripada eksploitasi harga, eksport haram dan kehilangan sumber nadir bumi ini sekaligus menjamin pulangan segera dan keuntungan maksimum kepada negara.

Dalam kenyataannya, beliau turut bertanya kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kenyataan pada 12 September yang lalu bahawa nadir bumi negara adalah dilarang dieksport keluar negara.

“Kita juga sedia maklum bahawa satu-satunya kilang yang memproses nadir bumi terbesar di Malaysia adalah Lyna.

“Saya ingin bertanya, adakah strategi kerajaan untuk  memanfaatkan sepenuhnya Lynas ataupun kita akan membangunkan lagi kilang-kilang lain seperti Lynas?” soal beliau. – SM

BACA Sanusi dalam sindrom penafian, panik isu REE-Saifuddin

BACA Pertemuan hartawan Indonesia tiada kaitan dengan REE

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button