AgamaHiburanRencah Hidup

Meriahkan Karnival Healing De Masjid Teras Jernang

Masjid Teras Jernang anjuran bersama Kayangan Holdings Sdn Bhd akan mengadakan Karnival Healing De Masjid pada 27 Oktober sehingga 29 Oktober ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk program tersebut yang antaranya, `melawat Replika Rumah Rasulullah, Menunggang Kuda, Memanah dan banyak lagi.


Pada Malamnya, hadirin akan bersama-sama dengan Syeikh Abdul Razak Al-Masri, Ustaz Syawal & Kumpulan Ashabul Khidmah.

Saringan Kesihatan juga disediakan untuk pengunjung yang hadir bagi memeriksa tahap kesihatan mereka.

Tidak lupa juga kita ada Kaunter Bergerak MPKJ Cukai Taksiran. Kemunculan Tiktokers Auntie Purple dan Papayen juga ada pada hari kejadian serta Meet & Greet bersama maskot Omar & Hana.

Podcast Langka studio bersama PU Rahmat dan PU Amin. Penampilan istimewa bersama Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan The Helmis tidak lupa juga dengan Aman Palestin, Ustaz Mohd Fadhil.

Karnival Healing De Masjid akan dirasmikan oleh Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Dato’ Rosli Othman dan dihadiri juga Dr Ahmad Zaky Bin Ali @ Tahir Pegawai Tadbir Agama.

Dijangka hdir sama, Fakrul UNIC, Mawi & Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bagi program sembang santai.

Malam kemuncak bagi karnival ini ialah Malam Puisi Cinta Allah dan Rasul Bersama Kumpulan Nasyid Raihan, Kumpulan Qasidah Maqari dan Fedtri Yahya.

Cabutan bertuah juga akan diumumkan pada malam tersebut untuk pengunjung bertuah. Mari mendaftar dan memeriahkan beramai-ramai dengan menghadiri karnival healing de masjid ini. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button