Nasional

Budak darjah 6 dirogol lima lelaki

ENTAH apalah yang difikirkan lima lelaki yang tergamak memperkosa seorang murid tahun 6 di Felda Ketengah Jaya, Kerteh, Terengganu.

Kejadian difahamkan berlaku pada 29 September lalu dan kesemua suspek yang berusia 16 hingga 23 tahun telah ditahan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah, kejadian rogol itu berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika mangsa menunggang motosikal bersendirian untuk mengambil ibunya yang berniaga pasar malam.

“Seorang daripada dua suspek yang mengenali mangsa telah menahan dan mengajaknya untuk ke tempat yang sunyi.

“Sebaik tiba di tempat tersorok dalam ladang sawit, mangsa yang pelik dengan perbuatan suspek cuba menghubungi seseorang untuk meminta tolong, namun telefon bimbit mangsa dirampas,” katanya.

Katanya, mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek sebelum tiga lagi rakan suspek datang dan turut merogol mangsa.

“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut, sementara mangsa dirawat di Hospital Dungun.

“Kes disiasat mengikut seksyen 375(b) Kanun Keseksaan,” katanya. -SM

(Visited 1,175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button