PendidikanRencah Hidup

Tujuh ibu sahut cabaran jadi “guru” 30 minit

TUJUH ibu sahut cabaran apabila muncul sebagai “guru” untuk mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chin Hun, Kuala Sanglang, Perlis, hari ini. “Guru” ini berpeluang merasai pengalaman mengajar murid-murid di dalam kelas selama setengah jam.

Sebenarnya ia adalah upacara simbolik sambutan Hari Guru peringkat SJK Chin Hun, Kuala Sanglang yang agak lain hasil gabungan idea Guru Besar, Lim Wan Sian dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Teoh Hoey Leng yang turut menjadi “guru”.

Tujuh ibu yang menjadi “guru” selama 30 minit diberikan sijil oleh Guru Besar SJK Chin Hun, Kuala Sanglang, Wan Sian (duduk di tengah).

Apabila idea ini dibincangkan bersama ibu bapa, tujuh ibu ini tampil untuk terlibat dalam sambutan Hari Guru sekolah yang mempunyai 65 murid termasuk pra sekolah di mana 20 peratus adalah pelajar Melayu.

Mereka terdiri daripada Ancharee Ratpratum a/p Fan, 37, Teoh Hooy Leng, 46,  Lim Lay Keng, 46, Sam Pek Ling, 46, Susilawati Zainon, 42,  Lo Szu Rhou, 46 dan Poh Sen Chin, 42.

Walaupun masing-masing tiada pengalaman sebagai guru, para ibu ini mengakui selama 30 minit itu dilalui dengan penuh debaran dan memang “pecah peluh”.

Akui mereka, tugas guru bukanlah mudah terutamanya untuk mengawal karenah murid-murid bagi menyampaikan ilmu.

Susilawati menjadi “guru” mengajar murid-murid membuat sandwich. Seronok dapat “cikgu” macam ini.

Semasa menjadi “guru”, ada yang mengajar menyanyi dan juga membuat sandwich dan sebagainya.

Apa yang menarik, semua kelas yang dikendalikan oleh “guru” ini  dilihat berjaya menceriakan murid-murid yang seronok apabila merasai pengalaman 30 minit bersama pengajar baharu.

Sementara itu, salah seorang ibu yang menjadi “guru”, Lay Keng mengakui daripada pengalaman ini, ia membuktikan ibu bapa seharusnya menyerahkan tanggungjawab mengajar anak-anak tanpa mempertikaikan kemampuan atau sebarang tindakan seseorang guru.

“Setengah jam menjadi “guru” bukannya mudah. Oleh kerana itu, hargailah jasa guru yang mengajar anak-anak kita,” katanya.

Susawati pula mengakui, sekalipun beliau memilih mengajar cara-cara membuat sandwich tetapi tetap berasa berdebar-debar tentang penerimaan anak murid ketika mengajar.

Ancuharee Ratpratum menggunakan teknik tersendiri semasa menjadi “guru” selama 30 minit.

“Saya bersyukur nampaknya anak murid mendengar kata sepanjang 30 minit menjadi “guru”,” katanya sambal menambah, anaknya yang kelima adalah murid di sekolah berkenaan.

Secara umumnya, sempena dengan sambutan Hari Guru yang jatuh pada hari ini, ketujuh-tujuh ibu ini lebih terharu apabila khidmat mereka selama 30 minit dianugerahkan sijil oleh pihak sekolah serta “point reward” untuk anak masing-masing atas penyertaan mereka dalam sambutan di sekolah tersebut hari ini. – SM

BACA Agong, Raja Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Hari Guru

(Visited 551 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button