Nasional

UPSI, Penang Tech Centre jalin kerjasama perkukuh akademik bidang STEM

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menandatangani memorandum persefahaman bersama Penang Tech Centre Berhad bagi menjalin kolaborasi akademik bidang STEM (Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi) berlangsung di Tech Dome Centre di sini kelmarin.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin. Md Taff, bekerjasama dengan Penang Tech Centre yang mengendalikan Tech Dome Centre itu bakal menawarkan kepakaran melatih guru-guru dalam pelbagai bidang kemahiran.

“Kerjasama yang diterajui Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) akan melibatkan program latihan guru, pertandingan inovasi dan penyelidikan bukan sahaja para mahasiswa, tetapi warga kakitangan akademik universiti,”

“Menerusi kerjasama strategik juga sekali gus akan memberi impak yang besar terhadap minat pelajar untuk mempelajari sains dan teknologi seterusnya menyediakan guru dan tenaga pengajar yang berkualiti untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang berbeza,” jelasnya .

Md Amin. (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan Khoo Boo Wooi semasa Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara dua organisasi itu di Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Tech Centre, Khoo Boo Wooi merakamkan penghargaan atas kesudian kerjasama UPSI dan berharap ia akan menjadi tanda aras baharu terhadap pendidikan sains dan teknologi di negeri Pulau Pinang.

“Penang Tech Centre sebagai sebuah agensi di bawah kerajaan negeri akan membantu dari segi penyediaan faisiliti yg akhirnya akan menggalakkan pertumbuhan minat dalam kalangan pelajar dan generasi muda terhadap pembelajaran sains, teknologi dan kemahiran,” jelasnya.

Sementara itu, Dekan FTV, Dr Azlan Mohd Hussain yang turut hadir sentiasa menyahut baik kerjasama strategik lebih-lebih lagi melibatkan penglibatan universiti untuk menghasilkan modal insan yang cemerlangan dalam sains dan teknologi sebagai tenaga kerja dan pakar kepada negara pada hadapan.

Majlis MOU ini turut disaksikan oleh ADUN Bagan Dalam, YB Satesh Muniandy, yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Tech Centre.

Beliau menyatakan kerajaan negeri memberikan sokongan kuat dalam kerjasama ini yang akan memberikan faedah yang besar kepada negara. -SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button